Menu
#



Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dalam rangka lawatan kerja ke Sarawak tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 7.15 malam tadi.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching disambut oleh Menteri Kerajaan Tempatan, Datuk Dr. Sim Kui Hian,Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Amar Mohammed Asfia Awang Nassar dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat.

Sebaik tiba, beliau kemudiannya berangkat untuk berziarah Hari Raya di kediaman rasmi Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Datuk Seri Ahmad Zahid meluangkan masa lebih sejam di rumah Ketua Menteri sebelum menziarah jenazah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Tupong, Datuk Daud Abdul Rahman di kediaman keluarganya di Jalan Matang Baru Kuching.

Esok beliau dijangka akan berkunjung ke rumah Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Jemut Masing dan Datuk Amar Douglas Unggah untuk ngabang Gawai.

Pada masa sama, Datuk Seri Ahmad Zahid turut menziarah Yang Dipertua Negeri Tun Pehin Seri Abdul Taib Mahmud sebelum sebelah malamnya ke rumah Timbalan Ketua menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

AL-FATIHAH buat Allahyarham Datuk Daud Abdul Rahman









0 comments:

Post a Comment

 
Top