Majlis Rumah Terbuka UMNO 2017 di Dewan Tun Razak I, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berlangsung penuh meriah dengan kehadiran rakyat dari segenap kaum.
Sebaik majlis dibuka jam 11 pagi, orang ramai yang berkumpul di pekarangan pintu masuk dewan tidak melepaskan peluang bersalaman dengan kepimpinan tertinggi UMNO serta komponen Barisan Nasional (BN). Lebih meriah sambutan di sini, sudah pastinya kehadiran Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, YAB Datuk Seri Najib Razak yang tiba pada jam 11.50 pagi.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO, YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba pada jam 11 pagi.
Turut hadir, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa serta Bendahari UMNO, Datuk Seri Salleh Said Keruak. Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin serta Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermiyati Samsudin, mengetuai rombongan sayap UMNO.
Lebih 50,000 ahli parti dan rakyat pelbagai peringkat dijangka hadir dan memeriahkan majlis rumah terbuka ini yang diadakan setiap tahun, berlangsung sehingga jam 3 petang ini. Pada sambutan kali ini juga, setiap negeri akan memperkenalkan juadah tradisional dan makanan sinonim dengan negeri masing-masing misalnya, apam Johol di Negeri Sembilan, nasi dagang (Terengganu) dan mi bandung (Johor).
Hadirin disajikan dengan pelbagai jamuan istimewa daripada badan perhubungan UMNO negeri masing-masing seperti Soto Bangi, Rendang Arau, Mee Bandung Muar, Laksa Kedah, Nasi Kandar Penang dan pelbagai juadah selain dipersembahkan dengan nyanyian dan tarian tempatan.
Suasana majlis kelihatan padat dan sesak apabila masyarakat daripada pelbagai lapisan, latar belakang, agama sanggup beratur di setiap gerai makanan dan juadah yang dihidangkan hingga memenuhi setiap pelosok dewan.
Ada antara tetamu yang tidak melepaskan peluang mengambil kesempatan bergambar dengan tetamu kehormat dan artis tempatan bagi merakamkan memori Syawal bersama.
Terdapat juga tetamu yang terdiri pelbagai bangsa dan pelancong asing hadir serta menceriakan rumah terbuka itu yang turut disajikan dengan persembahan kebudayaan.
Antaranya, Muliandy Goppan, 54, dari Jalan Masjid India berkata beliau gembira kerana berpeluang menghadiri rumah terbuka itu di samping berasa bangga kerana dapat berkumpul dengan masyarakat pelbagai kaum.
"Walaupun UMNO merupakan parti orang Melayu tetapi hari ini kita dapat lihat masyarakat berbilang bangsa turut hadir memeriahkan acara. Ini baik untuk perpaduan. Saya sebagai rakyat Malaysia yang berbangsa India berasa gembira dapat turut serta, kita dapat rasakan kedekatan itu,"katanya.
Sementara itu, Beatrice Chong, 25, seorang pelajar universiti swasta tempatan jelas teruja dan gembira dapat bertemu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

0 comments:
Post a Comment