PUTRAJAYA - Kompleks Nasyrul Quran di sini yang memulakan operasi percetakan, disasar mencetak satu juta naskhah al-Quran setahun. Pusat operasi di kompleks bernilai RM60 juta itu dirasmikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Pelancaran Wakaf Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2017M/1438H dan Perasmian Operasi Percetakan Al-Quran bertempat di Presint 14, Putrajaya.
Majlis Pelancaran Wakaf Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2017M/1438H
"Malaysia bukan mahu bersaing dengan mana-mana negara dan kita hormati pusat percetakan Al-Quran terbesar di Madinah, namun sebagai negara yang berpegang kepada prinsip wasatiyyah, Malaysia juga mahu menyumbang cetakan al-Quran dengan mushaf Malaysia.
"Usaha ini bukan untuk riak atau takbur tetapi meletakkan Malaysia dalam mercu tanda percetakan al-Quran seperti di negara Asia Barat," Jelas Zahid ketika berucap pada Majlis Pelancaran Wakaf al-Quran peringkat kebangsaan 2017/1438H dan Perasmian Operasi Percetakan al-Quran di sini, hari ini.
Zahid berkata, sejumlah 70 peratus naskhah al-Quran yang dicetak akan digunakan untuk tujuan domestik manakala 30 peratus bagi diwakafkan kepada negara yang mempunyai penduduk minoriti Islam.
Perasmian Operasi Percetakan Al-Quran bertempat di Presint 14, Putrajaya.
0 comments:
Post a Comment