Menu
#





PUTRAJAYA: Semua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta menandatangani lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi menangani gejala rasuah kalangan penjawat awam, tegas YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

YAB Timbalan Perdana Menteri berkata, pelaksanaan ikrar itu bertujuan membantu membuang persepsi buruk pelbagai pihak terhadap kerajaan.

"KDN adalah kementerian yang sensitif memandangkan perkhidmatan kita diletak di barisan hadapan dan dalam konteks ini, polis kerap terdedah dengan rasuah.

"Tahniah saya ucapkan kepada polis yang melafaz ikrar semalam dan kini saya arahkan Jabatan Imigresen melaksanakan ikrar sama bagi mengelak prasangka masyarakat," katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan KDN di sini, hari ini.


Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan ikrar rasuah sifar sebagai komitmen memerangi gejala rasuah dan salah guna kuasa.

April lalu, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) menjadi jabatan pertama di bawah KDN melafazkan IBR.

Mengulas rancangan Pakatan Harapan mengadakan perhimpunan pada Oktober depan, tegas Zahid , sebarang perhimpunan tertakluk kepada Akta Perhimpunan Aman.

"Mereka perlu mematuhi syarat termasuk notis dan lokasi. Kerajaan terbuka dalam memberi keizinan," katanya.



0 comments:

Post a Comment

 
Top