PUTRAJAYA: Sebanyak 254 kes pemerdagangan orang dibawa untuk pendakwaan di mahkamah dari Januari hingga Jun tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata daripada jumlah itu, 67 sabitan berjaya diperoleh termasuk 43 kesalahan pemerdagangan orang dan 24 kesalahan lain berunsur pemerdagangan manusia.
"Bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, jumlah tangkapan yang direkodkan adalah sebanyak 363 tangkapan," katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (HLC MAPO) Bil 2 2017 di Perdana Putra di sini, hari ini.
Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata kejayaan Malaysia melonjak ke Tahap Dua dalam Laporan Tahunan Jabatan Amerika Syarikat (JNAS) mengenai pemerdagangan orang adalah hasil komitmen tinggi dan usaha konsisten ahli HLC MAPO.
Katanya, ia merangkumi peningkatan dalam siasatan, pendakwaan dan sabitan kes pemerdagangan orang termasuk beberapa penambahbaikan dalam aspek perlindungan mangsa.
"Selain itu, kerajaan melihat pembabitan badan bukan kerajaan (NGO) dalam pengurusan mangsa pemerdagangan orang sebagai satu perkembangan positif dan perlu diteruskan bagi memastikan kebajikan mangsa terpelihara dan tanggungjawab dapat dikongsi bersama.
"Ini adalah selaras dengan komitmen negara bagi melaksanakan pindaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang berkuat kuasa sepenuhnya November 2015," katanya.

0 comments:
Post a Comment