Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sedang menunggu laporan daripada Wisma Putra berhubung perkembangan terbaharu isu penindasan etnik Rohingya di Myanmar.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu berkenaan untuk tindakan selanjutnya.
"Kita akan mengambil tindakan kemanusiaan dan tindakan diplomatik mengikut nasihat yang diberikan oleh Wisma Putra," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman rasminya, Sri Satri, di sini hari ini.

0 comments:
Post a Comment