Menu
#



Kabinet menetapkan tiada kelonggaran berkaitan Bahasa Melayu diizinkan untuk sebarang jawatan awam, kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Mesyuarat Kabinet memutuskan kelonggaran syarat kelayakan lulus dengan kepujian Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia bagi lantikan kontrak Pegawai Perubatan Gred UD41 ditarik balik.

"Jemaah Menteri komited untuk mempertahankan Perkara 152 yang termaktub dalam Perlembagaan.

"Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan merupakan bahasa rasmi Persekutuan iaitu selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid mempengerusikan Mesyuarat Kabinet hari ini yang antaranya membincangkan isu kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu dalam lantikan kontrak Pegawai Perubatan yang menimbulkan polemik dan bantahan umum.




0 comments:

Post a Comment

 
Top