Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Unit Anti Keganasan yang diletakkan di bawah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dinaik taraf kepada Jabatan Anti Keganasan.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, jabatan itu nanti merupakan satu entiti berbeza dan lebih fokus kepada peranan untuk menangani kegiatan keganasan.
“Personaliti yang akan dilantik (untuk menerajuinya) jika diluluskan dalam mesyuarat Suruhanjaya PDRM dan atas perkenan Yang Dipertuan Agong serta nasihat Perdana Menteri, maka pengesahan akan dilakukan atau sebaliknya,”
“Kita wujudkan Jabatan Anti Keganasan kerana kita tahu ancaman keganasan bukan semakin berleluasa di rantau ini tapi kita mahu kukuhkan dan membesarkan keanggotaan Unit Anti Keganasan dengan naik taraf ini,” katanya.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Batu Pahat di Dewan Jubli Intan, di sini sebentar tadi.
Yang turut hadir, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi merangkap Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat.

0 comments:
Post a Comment