Kemeriahan Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di kediaman Seri Satria, Putrajaya. Kehadiran tetamu dalam 32 ribu lebih, bermula dari jam 2.30 petang hingga berakhir majlis dalam jam 6.30 petang. Para tetamu tidak melepaskan peluang bersalaman dan beramah mesra dengan Timbalan Perdana Menteri. Pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum hadir di majlis rumah terbuka aidilfitri yang meriah.
Juadah pelbagai menu dan citarasa yang enak disajikan buat para tetamu Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri yang berlangsung di Kediaman Seri Satria, Putrajaya. Para Tetamu tidak melepaskan peluang menikmati hidangan di khemah2 yang disediakan bersebelahan dengan kediaman Timbalan Perdana Menteri.
Antara yang menarik disepanjang Majlis Rumah Terbuka TPM Zahid.
TPM Zahid beramah mesra bersama para tetamu yang hadir.
TPM Zahid sempat meninjau booth makanan yang disediakan buat para tetamu Rumah Terbuka beliau.
0 comments:
Post a Comment