Menu
#



Orang luar usah campur tangan politik Bagan Datuk - TPM Zahid

BAGAN DATUK - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak mahu orang luar mengganggu gugat kestabilan politik di Bagan Datuk. Beliau berkata campur tangan politik ketika Pilihan Raya Umum (PRU) dua penggal lepas telah menyebabkan tsunami politik kepada sebahagian pengundi Parlimen kawasan itu.

Sehubungan itu, Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk meminta para penduduk di kawasan itu supaya bersatu demi pembangunan tanpa mempercayai anasir negatif luar. Tegas beliau, beliau tidak membenarkan mana-mana pihak luar cuba memperdayakan penduduk di Bagan Datuk khususnya dalam tempoh untuk membangun sebagai sebuah daerah maju hari ini.

“Saya dengar mereka mahu datang, mahu jumpa…."Saya tahu ada orang (pembangkang) dari Teluk Intan, Ipoh, Taiping, Pulau Pinang, Kuala Lumpur datang kacau kita. cukuplah, mereka dulu telah tipu kita, jangan tipu banyak kali, biar orang Bagan Datuk menentukan politik Bagan Datuk, kita tidak mahu orang luar masuk campur.


“Jangan dengar fitnah orang luar pasal Bagan Datuk, sebab kali ini masyarakat baik India, Cina dan Melayu mesti bersatu atas nama pembangunan dan kemajuan bumi Bagan Datuk secara keseluruhannya,” tegas Zahid semasa ucapan beliau.

Beliau berkata, pelbagai perancangan strategik telah dirangka bagi menaikkan daerah Bagan Datuk sejak pemashurannya pada Januari lepas oleh Sultan Perak,Sultan Nazrin Muizzudin Shah. Jelas Zahid lagi, antara perancangan tersebut termasuklah pembinaan lebuhraya, politeknik, kolej komuniti khusus bagi kepentingan semua bangsa dari pelbagai latar belakang di daerah tersebut.

Zahid juga menafikan bahawa pelbagai bantuan dan peruntukan yang diberikan kepada Bagan Datuk adalah berdasarkan kepentingan memenangi pilihan raya semata-mata sebaliknya berlandaskan kemajuan pendidikan anak-anak daerah tersebut.

“Kita mesti tunjuk, kita bersatu dengan kerajaan yang memerintah, khususnya pelbagai peruntukan telah diberikan oleh Perdana Menteri kepada kita selepas kita bercerai daripada daerah Hilir Perak,”katanya lagi.


"Kita perlu bersatu atas nama pembanguan dan kemajuan untuk semua rakyat Bagan Datuk," katanya pada majlis Jamuan Mesra Hari Guru Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Bagan Datuk di SJK Cina Sin Min Sungai Tiang malam ini.

Turut hadir Pengerusi MCA Perak Datuk Dr Mah Hang Soon serta kira-kira 2,000 warga pendidik dari 11 sekolah SJK Cina di Bagan Datuk.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan

Pada majlis itu, Zahid turut mengumumkan peruntukan tambahan masing-masing RM200,000 kepada SJK Cina dan SJK Tamil di Bagan Datuk bagi mengadakan kelas tambahan pelajar.




0 comments:

Post a Comment

 
Top