Menu
#



Pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) akan meneliti sama ada pakatan pembangkang memenuhi peraturan Akta 1966 untuk berdaftar sebagai sebuah entiti gabungan parti politik atau sebaliknya, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri berkata, ia susulan perkembangan hirarki struktur organisasi gabungan parti pembangkang. 

"Tentunya mereka akhirnya akan memohon kepada Ketua Pengarah ROS untuk daftar sebagai sebuah entiti politik yang akan mendaftarkan dengan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dan akhirnya akan letak calon atas lambang yang sama bertanding dalam pilihan raya. 

"Sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap ROS, tentu sekali lagi saya minta ROS bertindak profesional untuk teliti butiran terperinci permohonan sama ada wujud dalam kesepakatan organisasi politik itu mereka mempunyai komitmen untuk penuhi peraturan yang sudah ditentukan oleh Akta Pertubuhan 1966 sebagai sebuah entiti gabungan parti politik atau sebaliknya. 

"Namun tindakan profesional ROS ini tentu akan mengikut perundangan yang ada terutama Akta Pertubuhan 1967, tentunya juga ROS akan teliti perlembagaan parti berkenaan termasuk akan tanya siapa sebenar jadi pemimpin utama," katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ledang 2017, di sini, hari ini. Ahmad Zahid berkata, sudah pasti tiga tokoh utama yang memimpin gabungan itu mempunyai hala tuju berbeza dan semua tahu bahawa jika kapal mempunyai lebih daripada seorang nakhoda, kapal itu akan terumbang-ambing. 

"Jika nakhoda tidak menuju arah yang sama walaupun kita tahu tujuan sama untuk menjatuhkan BN (Barisan Nasional), namun tambahan tiga nakhoda, saya fikir di luar lingkungan pemikiran kewarasan manusia biasa, saya unjur (jangka) kapal itu pasti tenggelam," katanya.





0 comments:

Post a Comment

 
Top