KUALA LUMPUR: Kerajaan belum bercadang menyekat penggunaan aplikasi Telegram di negara ini walaupun diharamkan oleh kerajaan Indonesia, tegas Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Tegas Zahid, pihaknya mendapati tiada aktiviti keganasan dijalankan menggunakan aplikasi terbabit di negara ini. Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Unit Antikeganasan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau aplikasi itu untuk mengesan unsur membabitkan keganasan.
"Saya sudah meneliti arahan kerajaan Indonesia membatalkan kegunaan aplikasi itu (Telegram) dalam kalangan rakyat negara berkenaan kerana wujud unsur keganasan dan pelbagai elemen lain dalam Telegram.
"Setakat ini, penelitian kami mendapati aplikasi itu di negara ini tidak mempunyai unsur keganasan seperti kegiatan merekrut atau memperoleh pembiayaan bagi aktiviti keganasan," katanya.
Tegas Zahid semasa sidang media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jakel Mall, di sini, hari ini. Sebelum ini, kerajaan Indonesia mengharamkan penggunaan Telegram selepas mendapati wujud unsur keganasan melalui aplikasi terbabit.
Walaupun Indonesia telah mengharamkan penggunaan aplikasi Telegram kerana wujud unsur membabitkan keganasan, beliau berkata pemantauan setakat ini mendapati tiada sebarang elemen penyebaran unsur-unsur jenayah dan keganasan melalui Telegram di negara ini.
Tegas Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, menegaskan kerajaan menghormati hak peribadi pengguna di negara ini dan tidak berhasrat untuk mencampuri 'chatting' pengguna Telegram.
"Penelitian KDN (Kementerian Dalam Negeri) khasnya Unit Anti Keganasan dan Cawangan Khas PDRM mendapati bahawa aplikasi (Telegram) setakat ini tidak mengandungi unsur-unsur yang melibatkan berlakunya jenayah, jauh sekali daripada perbuatan merekrut atau untuk memperoleh dana bagi membiayai aktiviti keganasan,"katanya kepada wartawan selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Jakel Mall, di sini, hari ini.
Zahid diminta mengulas tindakan kerajaan Indonesia pada Jumaat (14 Julai) yang menyekat aplikasi Telegram berikutan pendedahan ia digunakan antara lain untuk menyebar fahaman militan Daesh serta aktiviti keganasan lain.
Beliau berkata kerajaan akan melakukan pemantauan berterusan terhadap penggunaan aplikasi media sosial bagi mengesan kegiatan ke arah keganasan.
Zahid berkata kerajaan juga mempunyai beberapa kaedah 'decoding' yang dipakai untuk memantau sebarang elemen keganasan Daesh, termasuk usaha penyebaran ideologi, merekrut ahli dan mendapatkan dana di dalam media sosial ataupun komunikasi tanpa talian.
Katanya pemantauan pihak berkuasa mendapati wujud penyebaran unsur-unsur keganasan melalui aplikasi lain seperti YouTube, WhatsApp dan Instagram.

0 comments:
Post a Comment