Kira-kira 30,000 orang hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri 2017 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Mini, Taman Sri Lambak, Sembrong, di sini malam ini.
Perdana Menteri yang tiba sebentar tadi diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta disambut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Bertemakan warisan seni dan budaya tradisi masyarakat Melayu Johor, acara itu merupakan anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerjasama kerajaan negeri, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sekali gus menjadi acara jamuan untuk rakyat.
Majlis itu juga menjadi landasan untuk menonjolkan kekayaan budaya dan warisan seni masyarakat Melayu, terutamanya dalam meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada pelancong asing dan masyarakat tempatan di samping menerapkan semangat kenegaraan dan nilai-nilai perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini.
Selain dijamu dengan pelbagai hidangan termasuk lemang dan rendang serta kuih-muih, hadirin turut dihiburkan dengan persembahan tarian dan nyanyian.

0 comments:
Post a Comment