KUALA LUMPUR - Tiga faktor boleh menjejaskan sokongan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN), menyebabkan gagal menang besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perpecahan dalam UMNO dan BN serta calon boleh menang tetapi tidak disukai rakyat, boleh memberi kesan pada masa depan parti.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, perpecahan dalaman UMNO memberi implikasi besar terhadap perpaduan parti bersandarkan pengalaman pada PRU terdahulu, malah dikenal pasti menjadi punca jentera tempang serta gagal berfungsi secara menyeluruh.
"Berapa banyak kerusi kita kalah sebab perpecahan. Ketua Bahagian (bergaduh) dengan Timbalan Ketua Bahagian, ada juga Ketua Bahagian bergaduh dengan Ketua Wanita Bahagian.
"Kami buat kajian bebas dan calon boleh menang tidak kira siapa, walaupun tidak ada jawatan. Pengundi lebih tahu personaliti yang mereka mahukan, ini satu pendekatan baharu yang (Datuk Seri) Najib (Razak) akan lakukan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Setiawangsa, di sini, hari ini.Yang hadir sama, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Tan Sri Dr Zulhasnan Rafique.
Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, turut menafikanbahawa kerajaan mengarahkan supaya undi awal oleh anggota tentera dan polis mesti berpihak kepada UMNO dan BN.
"Di (parlimen) Lumut, kalau betul ada arahan, kenapa kita kalah? Maknanya, tidak ada arahan dan undi awal ditentukan oleh mereka sendiri," katanya.
YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menasihatkan pemimpin setempat terutama kawasan parlimen yang memiliki pengundi awal, supaya meningkatkan tahap kepedulian mereka kepada anggota polis dan tentera.
YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menasihatkan pemimpin setempat terutama kawasan parlimen yang memiliki pengundi awal, supaya meningkatkan tahap kepedulian mereka kepada anggota polis dan tentera.
0 comments:
Post a Comment