YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri di Sri Aman.
Ribuan penduduk sekitar Sri Aman yang membanjiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri pagi ini turut dihiburkan dengan persembahan oleh artis popular seperti Datuk Nash, Datuk Khatijah Ibrahim dan Malek Ridzuan.
Timbalan Perdana Menteri dijadual berlepas ke ibu negara dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada tengah hari, menamatkan lawatan kerja dua hari beliau di Sarawak.
0 comments:
Post a Comment