Zahid memberitahu Dewan Rakyat hari ini, Zakir tidak disenaraihitam sebagai pengganas sama oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSCR).
“Jabatan Imigresen Malaysia akan menyenarai hitam semua individu yang dianggap membawa ancaman kepada keselamatan dan ketenteraman negara berdasarkan maklumat disalurkan agensi penguatkuasa.
“Seseorang individu tidak akan disenarai hitam hanya berdasarkan laporan media melainkan agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat berkaitan untuk tindakan Jabatan Imigresen Malaysia,” katanya dalam satu jawapan bertulis kepada M. Kula Segaran (DAP-Ipoh Barat), yang bertanya mengapa Malaysia masih belum menghalang Zakir walaupun dikatakan terlibat dalam aktiviti terrorisme di beberapa negara.
Bulan lalu, 19 orang termasuk kumpulan aktivis Hindu, Hindraf memfailkan saman terhadap kerajaan kerana mendakwa ia melindungi Zakir.
Mereka mendakwa Zakir yang disiasat di India atas tuduhan pengubahan wang haram itu boleh mengancam keselamatan dan keharmonian negara.
Agensi Siasatan Negara India juga menyiasat 78 akaun bank dan pelaburan membabitkan jumlah RM65 juta yang dikaitkan dengannya.
Zakir kerap mencetuskan kemarahan penganut Hindu yang tidak senang dengan syarahan perbandingan agamanya yang didakwa menghina agama Hindu.
0 comments:
Post a Comment