Menu
#



Bagi merealisasikan Pendidikan Bagan Datuk No 1 Negeri Perak, sebanyak RM 500.000.00 di peruntukkan oleh Ahli Parlimen Bagan Datuk, Dato Seri DiRaja Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri sepanjang Tahun 2017.

Sebanyak 10 buah Sekolah Menengah dan 58 buah sekolah rendah terlibat dalam misi meletakkan pendidikan Bagan Datuk No 1 Negeri Perak melalui program kelas tambahan dan motivasi dengan fokus groupnya adalah pelajar Spm, Upsr, Tingkatan 4, Tahun 5 pelbagai kategori cemerlang, sederhana dan sekolah ke kerjaya selain program khas pendidikan khas dan pra sekolah termasuk program "1 Step Ahead" bagi guru guru meningkatkan profesionalisme.

Dr. Ahmad Zahid mahukan Pendidikan Bagan Datuk No 1 Negeri Perak bukan sahaja bersandarkan pencapaian kuantiti dan indeks komposit peratusan sahaja tetapi melibatkan akhlak dan pembangunan sahsiah..

Program ini telah dimulakan awal April 2017 dan dikendalikan sepenuhnya oleh Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak/Bagan Datuk dengan meletakkan 7 sasaran utama ke arah Bagan Datuk Pendidikan No 1 Negeri Perak..

1. Kelas Tambahan Sek. Menengah

2. Kelas Tambahan Sek. Rendah

3. Kem Motivasi UPSR/SPM

4. Kem Kecemerlangan UPSR/SPM

5. Pgrm Bacaan Yassin/solat hajat

6. Pra Sekolah

7. Pendidikan Khas dan Pemulihan 

Gambar sekitar program pendidikan Bagan Datuk:




"Ke arah Bagan Datuk Pendidikan No 1 Negeri Perak"




0 comments:

Post a Comment

 
Top