Menu
#



Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) adalah pelan transformasi strategik kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk komuniti India bagi tempoh 10 tahun akan datang, kata Datuk Seri Najib Razak. 

Perdana Menteri berkata, MIB menggariskan dasar kerajaan ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti India menerusi suntikan dana dan modal dalam sektor pendidikan serta ekonomi. 

"Berdasarkan prinsip ini, saya percaya pelaksanaan MIB ini akan membawa satu 'maatram' atau perubahan dinamik dan menyeluruh terhadap taraf kehidupan komuniti India di Malaysia. 

"Ini bukan retorik atau cakap kosong atau 'vetti pecchu' tetapi satu kenyataan atau 'nijjam'. "Ini pelan tindakan rasmi pertama dari kerajaan. 

Sebelum ini ada pelan tindakan MIC tetapi yang ini dihasilkan oleh kerajaan BN. "Ia sangat bersejarah dan menjadi tanggungjawab kepada kami untuk pastikan pelan ini berjaya dilaksanakan," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan MIB di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sebentar tadi. 

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Menteri Kesihatan merangkap Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam. MIB mengandungi empat teras iaitu mengenal membangunkan potensi generasi India, memperkasa ekonomi, menumpukan aspek kebajikan dan asas serta isu sosial dan aspek identiti tersendiri komuniti India di Malaysia.




0 comments:

Post a Comment

 
Top