KINABATANGAN: Timbalan Perdana Menteri mengumumkan pembinaan 240 unit Rumah Bina Negara (Rumah BN) untuk peneroka di Sabah yang akan dilaksanakan FELCRA Berhad.
Daripada jumlah itu, sebanyak 120 unit akan dibina di Rancangan Suan Lamba dalam Parlimen Kinabatangan, manakala 120 unit lagi di Rancangan Sungai Manila di Libaran, yang dibina dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (LKTNS).
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata penyediaan kemudahan perumahan itu adalah terjemahan daripada persefahaman antara pemimpin kerajaan negeri dan Persekutuan.
Katanya, Perdana Menteri komited bukan saja melaksanakan projek seperti Lebuhraya Pan Borneo, Projek Transit Aliran Massa (MRT) dan pelbagai lagi projek mega, malah prihatin terhadap keperluan rakyat akar umbi di luar bandar seperti bekalan air, elektrik dan jalan kampung.
"Ini kerana beliau (Datuk Seri Najib Razak) mengamalkan perimbangan, projek besar harus berjalan... pada masa sama, keperluan rakyat di akar umbi dapat ditambah.
"Apabila ini dibuat, barulah dapat melihat kadar pertumbuhan ekonomi yang rancak dengan pendapatan per kapita lebih tinggi, pendapatan negara lebih tinggi dan kesan gandaan kepada pertumbuhan negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Perdana Seranta FELCRA Berhad dan Pelancaran Pusat Daerah Mengundi di sini, sebentar tadi.
Yang turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi FELCRA Berhad, Datuk Bung Moktar Radin; Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee dan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Zulkarnain Md Eusope.
Home
»
»Unlabelled
» 240 unit Rumah Bina Negara (Rumah BN) untuk peneroka di Sabah - Zahid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment