Menu
#




Kenapa P Ramasamy seperti tidak faham perundangan negara dan antarabangsa dan cuba mengambil kesempatan politik diatas kenyataan yang telah beliau buat. Adakah dengan kenyataan itu beliau seperti mahu menjadi jaguh dalam isu berkaitan pendakwah terkenal itu.

Kenyataan P Ramasamy terlalu menjengkelkan dan cuba memburukkan suasana dengan mencampur adukkan dengan politik provokasi kebencian. Jangan campur urusan undang-undang antara negara India dan Malaysia jika tidak memahaninya. Bila dijadikan modal untuk kepentingan politik ianya akan menjadi suasana yang tidak sihat.

Kenyataan bodoh P Ramasamy yang sememangnya mahu menjadi jaguh :

http://www.malaysiakini.com/news/379509
Dalam masa yang sama Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan pendakwah terkenal Dr Zakir Naik tidak dihalang masuk dan tinggal di Malaysia beliau kerana tidak tersenarai sebagai entiti pengganas dalam senarai undang-undang antarabangsa.

Pihak KDN berkata Zakir tidak terkandung dalam senarai Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSCR) 1988 dan UNSCR 1267.

Justeru, menurut KDN, tiada halangan bagi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ke atas kemasukannya kerana tidak melanggar undang-undang negara.

Menurut KDN, JIM menyenarai hitam individu yang dianggap mengancam keselamatan negara berdasarkan maklumat disalurkan agensi penguat kuasa berkaitan. KDN berkata, seseorang individu tidak disenaraihitamkan hanya berdasarkan laporan media.

Zakir disiasat di India kerana kononnya dikatakan menyebar kebencian kaum dan menyanjung keganasan. Beliau juga dilaporkan dikehendaki oleh Direktorat Penguatkuasaan India dalam kes pengubahan wang haram. Itu semua hanya siasatan dan belum terbukti Zakir didapati bersalah. Siapa P Ramasamy mahu mempertikai kehadiran Zakir ke Malaysia.

Ramai penyokong Zakir di Malaysia berpendapat, pendakwah terkenal itu difitnah secara sistematis baik di India mahupun di peringkat antarabangsa kerana penyebaran dakwahnya yang tidak mampu dibidas lawan dan kehadiran Zakir ke Malaysia selama ini pun beliau belum lagi menimbulkan suasana tegang dan provokasi melampau dalam mana-mana ceramah yang telah dianjurkan.

Adakah P Ramasamy lupa yang hartawan terkenal Ananda Krishnan tokey astro juga sedang menghadapi tindakan perundangan serupa di negara India. kenapa kerajaan Malaysia tidak hantar saja Ananda Krishnan ke India. Mengapa P Ramasamy diam membisu? adakah beliau terlepas pandang ataupun atas dasar tiada berkepentingan untuk politik beliau.

http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/india-mahu-tangkap-pemilik-syarikat-maxis-bantu-kes-rasuah

P Ramasamy disarankan supaya cermin diri beliau sebelum mahu membicarakan masaalah orang lain. Perbetulkan dahulu kerajaan DAP Pulau Pinang yang semakin terbukti melakukan penyelewengan dan korupsi di bawah Ketua Menteri Lim Guan Eng. Adakah P Ramasamy takut dan risau kah hilang kuasa untuk bertanya?







0 comments:

Post a Comment

 
Top