Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu sumbangan pengeluaran makanan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ditambah kepada lima peratus sebelum Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) berakhir.
Timbalan Perdana Menteri berkata, sumbangan pengeluaran makanan dalam KDNK ketika ini adalah sekitar 3.3 peratus dan masih rendah berbanding sektor lain.
"Kita yakin sasaran ini dapat dicapai berdasarkan pendekatan agresif Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani," katanya ketika melancarkan Gelombang Tani Nasional 2017 di Degong dekat sini, hari ini.
Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman serta Datuk Nogeh Anak Gombek.
Ahmad Zahid berkata, output pengeluaran makanan ketika ini dilihat tidak berbaloi berbanding peruntukan dikeluarkan kerajaan untuk usaha itu. Justeru, beliau meminta penggunaan tanah dioptimumkan dengan memastikan tiada tanah terbiar dan tidak produktif.
0 comments:
Post a Comment