KONTROVERSI pelawak Najip Ali yang dilaporkan menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi satu rancangan OK Chope! nampaknya mendapat perhatian meluas Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).
Terbaharu, Presiden Seniman Zed Zaidi memaklumkan pihaknya bakal menghantar memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Memorandum itu bertujuan menapis kemasukan artis luar negara dan hanya membenarkan artis berkualiti yang tertakluk kepada undang-undang Malaysia sahaja.
“Seperti yang semua sedia maklum, baru-baru ini, imej negara kita tercalar apabila pengacara dari Singapura, Najip Ali mempersenda Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dalam satu program bual bicara di negara jiran itu.
“Untuk memastikan mesej ini sampai, saya akan menghantar sendiri memorandum ke tangan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri.
“Saya selaku Presiden Seniman merasakan bahawa tindakan perlu diambil, bukan sahaja memfokuskan kepada apa yang dilakukan oleh pengacara itu, tetapi juga sebagai pengajaran kepada artis luar lain yang mencari rezeki di negara ini.
“Kalau boleh, kita tapis dan hanya benarkan artis berkualiti sahaja yang dibenarkan masuk untuk bekerja di negara ini. Kalau ada yang menghentam dan memperlekeh negara serta industri seni kita, kita sekat.
“Saya menyarankan agar diwujudkan peraturan, sekiranya artis luar negara ingin bekerja di sini, mereka perlu mendapatkan surat kebenaran daripada Seniman terlebih dahulu,” kata Zed kepada Harian Metro.
Tengah hari tadi, Zed bersama beberapa selebriti yang mewakili Seniman dilaporkan telah membuat laporan di Balai Polis Dang Wang ke atas lima selebriti yang menyertai program OK Chope!
Lima selebriti itu ialah Vernetta Lopez, Sam See, Rishi Budhrani, Najip Ali dan Mike Kassim.
Akibat kontroversi itu juga, tempat Najip yang merupakan pengkritik tetap program Maharaja Lawak Mega 2017 diganti kepada bintang lain.

0 comments:
Post a Comment