Menu
#




Jawatan Datuk Seri Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri tidak perlu dipertikai kerana ianya pilihan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mempunyai kuasa sepenuhnya melantik sesiapa pun mengikut kriteria yang beliau mahu selepas perlucutan Tan Sri Muhyidin Yassin. Kenapa perlu Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Salahuddin Ayub mahu masuk campur urusan dalaman pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Sedangkan Parti Amanah beliau sendiri pun tidak terurus dan hanya mengikut telunjuk DAP.

Perlantikan Datuk Seri Ahmad Zahid bertepatan kerana beliau memegang jawatan Menteri Dalam Negeri yang bukan calang-calang individu boleh dilantik untuk jawatan antara yang terpenting. Sepanjang Datuk Seri Ahmad Zahid menjalankan tanggung jawab sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam negeri dengan baik sekali dengan KPI yang tinggi. Mengapa pula Salahuddin Ayub cuba mempertikai didalam kenyataan beliau yang tidak ubah seperti menyibuk hal orang lain di https://m.malaysiakini.com/news/379629  

Adakah Salahuddin Ayob tahu apa itu KPI? Tidak perlulah dipertikai Jawatan TPM kerana ianya Pentadbiran kerajaan BN dan rakyat Malaysia bijak menilai siapa yang terbaik. Sepatutnya Salahuddin Ayob menilai diri beliau sendiri. Pendirian beliau yang tidak tetap yang dulu PAS dan sekarang AMANAH...

Sedangkan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Salahuddin Ayub sendiri dikalahkan dan tidak mampu pertahankan jawatan masa Muktamar PAS yg lalu kenapa..sebab KPI beliau teruk kerana ditolak sepenuhnya ahli-ahli PAS kerana masaalah - masalah yang telah beliau lakukan termasuk mengabaikan pengundi beliau. Adakah Salahuddin Ayob cuba menjadi jaguh ayam sabung sedangkan beliau sendiri terpaksa berkompromi dengan DAP demi nyawa politik beliau yang sudah tenggelam. Sepatutnya Salahuddin Ayob "Malu"yang beliau kalah pertahankan jawatan disandang didalam Muktamar PAS lebih dari masuk bertanding. Sudah lupakah Salahuddin Ayob https://www.utusan.com.my/berita/politik/salahuddin-diancam-jika-terima-jawatan-1.106095              
Dalam masa yang sama Salahuddin juga cuba pertikai perlantikan Datuk Seri Hishamuddin sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas dengan alasan sebagai sepupu langsung tidak boleh diterima pakai. Kenapa isu sepupu dibangkitkan Sepatutnya Salahuddin Ayob kena malu lihat DAP..PKR dan terbaru Parti Bunga PPBM yang didokong Tun Mahathir dan Anaknya Mukhriz. Kenapa Salahuddin Ayob tidak mahu pertikai. Adakah kerana mereka semua rakan seangkatan beliau, semua boleh belaka. Walau anak-anak siapa pun dalam Pakatan Haram barisan pemimpin walaupun tiada track record. Beranikah Salahuddin Ayub mahu pertikai? sedangkan parti Amanah pun hanya sekadar parti ciptaan DAP untuk mendapat sokongan Melayu. Lantikan Salahuddin Ayob sebagai Timbalan kepada Presiden Mat Sabu hanya patung suruhan DAP.

Image result for parti anak beranak

Salahuddin Ayob harus ingat bahawa UMNO ada formula 1-2-3..bukan seperti mana-mana Parti Pembangkang yang tak ketahuan siapa bakal pelapis pemimpin. UMNO sentiasa melahirkan Pemimpin muda yang terbaik untuk menerajui Parti dimasa depan. Pembangkang harus ingat bahawa UMNO tetap utuh walau diasak kerana Bangsa Melayu yang beragama Islam tetap menerima UMNO untuk menjaga kepentingan Bangsa Agama dan Negara.                    
                   
                 



0 comments:

Post a Comment

 
Top