Menu
#



Cadangan agar sistem pendidikan negara dikaji semula bagi mewujudkan perpaduan nasional bukan bertujuan menghapuskan sekolah pelbagai aliran.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan itu bertujuan perkukuhkan sistem pendidikan negara supaya integrasi nasional diwujudkan tanpa mengetepikan dasar pelajaran kebangsaan terutama di peringkat sekolah rendah.

Menurutnya, tetapi apabila di peringkat sekolah menengah, kurikulum yang baharu ke arah mewujudkan penyatuan bangsa Malaysia hendaklah dilihat dengan teliti.

“Jangan salah tafsirkan bahawa kerajaan mahu hapuskan sistem pendidikan tiga aliran di negara ini dan saya tidak sarankan penghapusan sekolah 
pelbagai aliran.

“Ini selari dengan dasar pelajaran kebangsaan yang menyebut bahasa-bahasa ibunda hendaklah digalakkan pengajarannya di sekolah rendah tetapi kita mesti mencari jalan untuk menyatukan kurikulum pendidikan agar perpaduan nasional diterjemahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Ekspresi Negaraku di Dataran Pavilion di sini hari ini.





0 comments:

Post a Comment

 
Top