Menu
#



Melaka: Kembali kepada al-Quran dan bina semangat perpaduan, bertoleransi serta ketepikan segala perbezaan politik dan membentuk budaya Quranik dalam ummah, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,

Timbalan Perdana Menteri sehubungan itu menyeru masyarakat di negara ini supaya bersatu dan kembali kepada ajaran kitab suci umat Islam itu.

Menurut beliau, kepemimpinan ulama perlu memainkan peranan masing-masing bagi mengajak umat Islam supaya bersatu dan menjadikan budaya al-Quran serta hadis sebagai rujukan utama dalam setiap perkara.

“Apabila umat Islam membentuk akal Quranik, sekali gus mewujudkan sahsiah atau keperibadian yang akhirnya ummah Quranik dapat diwujudkan.

“Kita harus jadikan al-Quran sebagai tapak tasawwur iaitu satu visi yang pandangannya jauh ke hadapan, bukan tiga hari atau 30 tahun akan datang tapi lebih jauh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1438H/2017M di Dewan Seri Negeri, di sini.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) Tan Sri Othman Mustapha.

Ahmad Zahid turut menyeru masyarakat supaya tidak menyalahgunakan teknologi komunikasi kerana boleh membawa fitnah, mewujudkan permusuhan dan rasis sosial






0 comments:

Post a Comment

 
Top