Menu
#




Malaysia menolak sebarang bentuk usaha mewujudkan ekstremis agama yang boleh mengganggu-gugat keamananan dan keharmonian yang telah dibentuk sejak sekian lama, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia sebaliknya menghargai perbezaan etnik, kebudayaan dan agama yang telah menjadi lambang kekuatan dan perpaduan negara selama ini.

"Kita tidak mahu ekstremis sama ada dari Islam, Buddha, Kristian dan sebagainya kerana kita mahu mewujudkan keamanan di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum ini.' katanya semasa merasmikan Karnival Ugadi 2017 di Dataran Merdeka di sini hari ini.




0 comments:

Post a Comment

 
Top