Menu
#





YAB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengambil kesempatan melawat tapak Cadangan Pembangunan Kem Batalion Infantri Standard dan Kem Rejimen Artileri Di Raja serta Rumah Keluarga Angkatan Tentera di Hutan Melintang Daerah Bagan Datuk dan taklimat dari Kontraktor utama selepas selesai merasmikan destinasi terakhir Jelajah Pendidikan Bumiputera di Bagan Datuk hari ini

Kem seluas 320 ekar ini 50% telah mula dibersihkan iaitu seluas 155.22 ekar dan akan mula ditambak bagi kerja pembangunan infrastruktur bangunan yang dijangka bermula awal Jun ini.

Pembangunan kem ini mengiringi pembangunan lain sedang dalam pembinaan dan perancangan akhir antaranya pembinaan waterfront Pekan kecil Bagan Datuk, Dataran Aman Jaya Bagan Datuk..Politeknik Bagan Datuk dan Pusat Pentadbiran Bagan Datuk dari pada sejumlah lebih dari RM 1b yang diperuntukkan Limpahan Pembangunan apabila Bagan Datuk di Wartakan sebagai Daerah ke 12 Negeri Perak pada 15 Jun 2016 dan di isytiharkan oleh DYMM Sultan Perak pada 9 Januari 2017




















0 comments:

Post a Comment

 
Top