Menu
#




Perlantikan Datuk Seri Hishammuddin sebagai Menteri dengan Tugas - Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri yang berkuat kuasa serta-merta dan mengekalkan tugas sebagai Menteri Pertahanan disambut baik sebagai satu langkah tepat serta memantapkan dan memperkasakan lagi pentadbiran Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Selepas pengumuman perlantikan tersebut pelbagai kenyataan dan persepsi negetif dilemparkan kepada PM Datuk Seri Najib dan TPM Datuk Seri Ahmad Zahid termasuk lah Datuk Seri Hishammuddin. Adakah ahli-ahli pembangkang gentar ataupun ahli-ahli pembangkang memang terkenal dengan sikap suka melagakan dan membuat fitnah rekaan terutamanya Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang seperti manusia tidak berakal normal.

Dalam masa yang sama Datuk Seri Ahmad Zahid dalam kenyataan medianya turut menyambut baik perlantikan tersebut dengan menjelaskan Hishammuddin mampu melaksanakan tugas yang diamanahkan berikutan pelantikan sebagai Menteri Dengan Tugas-Tugas Khas.

"Pelantikan ini sesuai dan saya yakin beliau (Hishammuddin) dapat membantu Perdana Menteri dalam misi dan tugas khas bagi mengukuhkan hubungan dua hala dan juga tugas tertentu yang akan membawa kepada kelicinan pentadbiran kerajaan, " katanya dalam kenyataan selepas perlantikan tempoh hari.

Mengapa Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli takut sangat selepas Datuk Seri Hishammuddin dilantik sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas dan membuat sindiran sinis kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Adakah Rafizi Ramli terlupa atau pun takut?

Datuk Seri Ahmad Zahid sememangnya sudah menjadi nombor dua sebagai Timbalan Perdana Menteri di belakang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan saling bekerjasama sudah tentu Datuk Seri Hishammuddin perlu bekerjasama dengan mereka berdua.

Dangkal benar Rafizi apabila menyatakan perkara-perkara yang tidak masuk akal didalam kenyataan beliau kerana sudah pasti Datuk Seri Ahmad Zahid turut dimaklumkan akan pelantikan berkenaan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak. Ia sudah tentu sebagai langkah memperkasakan lagi Kabinet Perdana Menteri bukan seperti yang ditohmah oleh Rafizi yang bakal masuk penjara.

Ini jelas menunjukkan bahawa pembangkang sudah begitu takut dan panik apabila Datuk Seri Najib Razak mewujudkan jawatan berkenaan untuk menjalankan tugas-tugas untuk terus memperkukuhkan Kerajaan BN di hati rakyat.

Spekulasi bahawa pelantikan Datuk Seri Hishammuddin adalah kerana melibatkan hal kedudukan dalam UMNO oleh Rafizi adalah berniat jahat kerana kedua-dua itu jelas tidak ada kena mengena langsung. Pakatan Harapan sudah ketandusan isu dan cuba menutup keretakan pakatan pembangkang yang sudah ketahap maksimum.





0 comments:

Post a Comment

 
Top