Menu
#






Kinabatangan: Penambahbaikan kemudahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan akan dipercepatkan menerusi Pelan Pusingan Kedua dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bangunan daif di IPD Kinabatangan harus dinaik taraf untuk keselesaan anggota.

“Apabila Tuan Sahak (Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A Sahak Rahmat) berkata IPD ini dalam keadaan daif, saya berbincang dengan Ahli Parlimen Kinabatangan (Datuk Seri Bung Moktar Radin). Sebenarnya IPD Kinabatangan ini masuk dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).

“Jadi saya akan beritahu Kementerian Kewangan supaya diawalkan. Saya tak sanggup Ahli Parlimen dimalukan," katanya ketika berucap dalam majlis Perjumpaan Anggota Polis dan Keluarga di IPD Kinabatangan, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau akan datang semula ke daerah ini untuk memastikan kerja pembaikan dipercepatkan.

"Saya berharap kembali untuk pecah tanah sebelum hari besar (pilihan raya)," katanya.

Hadir sama, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Komander Briged Sabah Senior Asisten Komisioner Zainuddian Samsu Hadi, Bung Moktar Radin dan A Sahak.






0 comments:

Post a Comment

 
Top