SIPITANG: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebentar tadi tiba di daerah ini, bagi merasmikan Festival Antarabangsa Gasing dan Tamu Besar (GATA) 2017 kali ketujuh di Gata Square, di sini.
Timbalan Perdana Menteri diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad.
Ribuan orang ramai termasuk pengunjung dari Brunei selain Sarawak memeriahkan pesta berkenaan yang bermula sejak semalam.
Festival GATA adalah singkatan nama bagi gasing dan tamu besar Sipitang yang diadakan dua tahun sekali sejak tahun 2003.
Pesta ini kali pertama diadakan pada 25 hingga 27 Julai 2003.
Gasing satu permainan rakyat cukup sinonim dengan daerah ini dan Persatuan Gasing Sipitang adalah persatuan terawal ditubuhkan di Sabah, selain satu-satunya persatuan berdaftar di negeri ini sehingga kini.
Bertemakan Melestari Budaya Kita dan Daie Sipitang Kuan Biskita atau Dari Sipitang Untuk Anda, sebanyak 19 acara bercorak tradisi dan budaya diatur.
Antaranya pertandingan gasing dan tarik tali antarabangsa yang turut disertai peserta luar termasuk Singapura, Indonesia, Brunei dan Semenanjung.
Bagi peminat burung, pertandingan burung murai batu turut diadakan selain tanglung dan basikal berhias, makanan tradisi, sukan rakyat dan nyanyian GATA Idol serta pertandingan fotografi.
Home
»
»Unlabelled
» TPM rasmi Festival GATA di Sipitang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment