Jelajah Pendidikan Bumiputera yang bermula di Parlimen Bera dan Berakhir di Parlimen Bagan Datuk hari ini berjaya menyerahkan surat tawaran belajar peluang ke dua kepada hampir 60,000 pelajar pelbagai jurusan di pelbagai IPTA dan Pusat Latihan Kemahiran seluruh negara dalam tempoh penjelajahan selama 2 bulan..
YAB Dato Seri Di Raja Dr.Ahmad Zahid Hamidi yang menutup rasmi Program jelajah ini berbangga program aspirasi YAB Perdana Menteri berjaya menarik penyertaan lebih 200.000 pengunjung dan mahu program terus dilaksanakan sebagaimana kebiasaan yang dilakukan oleh kerajaan BN serta bukan bernusim dan mahu tahun 2017 bermula di Bagan Datuk.
Dalam program yang sama seramai 58 pelajar cemerlang STPM dan SPM Daerah Bagan Datuk menerima insentif antara RM 500 hingga RM 1000 sumbangan peribadi YAB Dato Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Ahli Parlimen Bagan Datuk sebagai rangsangan dan motivasi kepada semua pelajar di Daerah Bagan Datuk.
0 comments:
Post a Comment