Menu
#



KUALA LUMPUR – Hampir 1,000 orang sudah ditahan pihak berkuasa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Pencegahan Khas) (SOSMA) 2012 sejak ahir Julai 2012 hingga hujung Februari lalu.

Menurut Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tindakan tersebut diambil bagi memastikan ketenteraman awam dan keselamatan negara dapat dipelihara.

“Sejak 31 Julai 2012 hingga 22 Februari 2017, seramai 979 orang telah ditahan di bawah akta tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi jawapan bertulis kepada Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS - Kubang Kerian) yang ingin tahu jumlah tahanan dibuat mengikut akta dan jenis kesalahan yang dilakukan oleh tahanan terbabit.

Jelas Ahmad Zahid, SOSMA adalah undang-undang berbentuk prosedur manakala jenis kesalahan yang berkaitan sudah dinyatakan pada jadual pertama SOSMA.






0 comments:

Post a Comment

 
Top