Menu
#



BUKIT KAYU HITAM, 13 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengarahkan agar pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) yang baharu di sini selepas tertangguh selama 576 hari dipercepatkan segera.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kerajaan serius dalam memastikan pembinaan kompleks itu dipercepatkan agar segala permasalahan di kompleks yang lama dapat diatasi sejajar dengan Dasar Logistik Negara.

"Ini bagi melaksanakan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Dasar Logistik Negara untuk mempertingkatkan peranan Malaysia dalam sistem logistik bagi negara-negara ASEAN khususnya Segi Tiga Pertumbuhan Ekonomi Indonesia Malaysia-Thailand (IMT-GT)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke tapak projek pembinaan secara bersepadu ICQS di sini hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum.

Ahmad Zahid berkata, kompleks sedia ada ketika ini tidak dapat menampung pergerakan keluar masuk kenderaan perdagangan dan penumpang sehingga mengakibatkan kesesakan sejauh empat kilometer ketika waktu puncak.




0 comments:

Post a Comment

 
Top