Negeri Selangor menjadi destinasi ke 3, Program Penerapan Nilai - Nilai Murni di bulan Ramadhan dan Majlis berbuka puasa serta solat Tarawih bersama YAB Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri di Kementerian Dalam Negeri.
Zahid dijangka sampai ke lokasi berbuka puasa jam 6.30 petang di masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam untuk bersama lebih 2000 orang pelbagai entiti dan 100 anak anak yatim dari kawasan setempat dan Zahid juga akan bersolat Maghrib bersama jemaah disitu.
Selepas Majlis Berbuka, YAB Timbalan Perdana Menteri akan bersolat Isya dan Tarawih di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya dan Majlis moreh bersama 500 jemaah.
0 comments:
Post a Comment