Pertubuhan Antarabangsa Mengenai Migrasi (IOM) mengiktiraf peranan dan komitmen Malaysia membawa masuk kira-kira 3,500 pelarian Syria ke negara ini sejak lebih setahun lalu tanpa kos yang tinggi serta tidak membebankan kerajaan.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarah IOM William Lacy Swing yang melakukan kunjungan hormat kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di pejabat timbalan perdana menteri di Perdana Putra di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menghadiri Persidangan Agung PBB ke-70 pada 2015 mengumumkan bahawa Malaysia akan membawa masuk 3,000 pelarian Syria secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun sebagai usaha meringankan krisis pelarian di negara itu.
"Kini, dalam masa setahun setengah, lebih 3,500 rakyat Syria sama ada tenaga pekerja atau pelajar, ibu bapa mereka berada di Malaysia dengan diberi dokumen sementara. Mereka akan pulang ke negara asal setelah konflik di negara itu tamat,"katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.
Ahmad Zahid berkata rakyat Syria yang kini di Malaysia tidak menyusahkan kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO).
"Tanpa belanja yang terlalu banyak atau menyediakan kemudahan petempatan, perubatan dan bantuan lain, rakyat Syria di Malaysia bukan satu bebanan.
"Rakyat Syria di negara ini tidak menyusahkan kerajaan atau NGO di negara ini. Tanpa kos, tanpa beban kepada kerajaan dan NGO. Ia merupakan pencapaian yang baik selama ini," katanya.
IOM yang ditubuhkan pada 1951 bagi menangani isu-isu berkaitan dengan migrasi secara global diiktiraf sebagai satu daripada agensi di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun lepas.
Untuk menghargai peranan Malaysia dalam menangani isu migrasi, Ahmad Zahid berkata IOM menawarkan sekurang-kurangnya dua jawatan kepada rakyat Malaysia yang layak untuk menjadi pegawai badan itu.
Ahmad Zahid berkata IOM menawarkan pegawai kementerian, jabatan, agensi, universiti atau NGO diberi penempatan untuk bertugas di Ibu pejabatnya di Geneva atau 500 pusatnya di seluruh dunia.
"Perkara ini akan dibincangkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman untuk memperincikan kriteria yang ditentukan IOM.
"Bagi saya, ini merupakan pengiktirafan dan dan penerimaan oleh badan antarabangsa terhadap sumbangan Malaysia di peringkat komuniti antarabangsa," katanya.
Selain itu, Ahmad Zahid berkata IOM mahu mewujudkan pejabat tetapnya di Malaysia.
"Ketua perwakilan IOM belum diberi taraf diplomat. Maka, perkara ini akan dibincangkan dengan Kementerian Luar bagi menentukan status mereka,"katanya.
Mengenai kerjasama yang terjalin antara Malaysia dan IOM, Ahmad Zahid berkata IOM mahu membantu Malaysia mengurangkan bilangan rakyat Myanmar di negara ini yang kini dianggarkan 56,000 orang kebanyakannya pemegang kad Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
"Ada antara mereka (rakyat Myanmar) merupakan pemegang kad UNHCR palsu. IOM mahu Malaysia menyelesaikan masalah itu.
"Selain itu, IOM juga menawarkan pusat latihan untuk melatih mereka yang tidak berdokumen atau berdokumen tetapi tidak diizinkan bekerja agar meningkatkan kemahiran dan separa kemahiran yang diberikan kepada mereka ,"katanya.
Ahmad Zahid berkata Malaysia dan IOM akan menjalankan kerjasama secara strategik dalam bidang migrasi merangkumi aspek hal ehwal imigresen, pemerdagangan orang, penyeludupan migran termasuk menganjurkan kursus-kursus bina upaya serta latihan untuk kakitangan kementerian dan agensi berkaitan.
Dalam pertemuan dengan Swing, Ahmad Zahid berkata mereka turut membincangkan aspek Global Compact for Migration di mana ia merupakan sersefahaman di peringkat global di bawah naungan PBB bagi menangani isu migrasi global secara holistik dan komprehensif.
"Malaysia telah menyatakan minat untuk menyertai proses merangka persefahaman ini berdasarkan kepada cabaran, pengalaman serta kepakaran negara dalam menangani aspek migrasi selama ini. Aspek migrasi ini perlu ditangani sebaik-baiknya kerana ia boleh memberikan impak sama ada positif atau negatif kepada sebuah negara," katanya.

0 comments:
Post a Comment