Menu
#



Pelbagai usaha dibuat oleh kerajaan untuk membantu rakyat keluar dari garis kemiskinan, meringankan beban rakyat melalui Program Peningkatan Pendapatan di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia

Di Bagan Datuk sahaja seramai 1248 peserta wanita bangsa Melayu, Cina dan India menjadi sahabat AIM. Bagi memudahkan pengurusan perjumpaan 4 blok telah diwujudkan iaitu Blok Bagan Datuk seramai 318 peserta, Blok Rungkup seramai 332 peserta, Blok Simpang 4 seramai 343 peserta dan Blok Hutan Melintang seramai 255 peserta telah di bantu oleh AIM melalui pinjaman micro kredit bagi memajukan Perniagaan serta Perniagaan berasaskan perkhidmatan.

Untuk Tahun 2016, sejumlah RM 10.3j diperuntukkan untuk peserta Bagan Datuk dan sehingga Mac 2017 sejumlah lebih dari RM 2j telah diluluskan.

Apa yang menarik,setiap minggu sahabat AIM ini akan berjumpa di 28 lokasi dari 4 blok yang telah diwujudkan untuk berkongsi pandangan, pemantauan pengurusan projek dan pengesahan guna modal oleh pegawai AIM bagi memastikan peserta berjaya mencapai matlamat peningkatan pendapatan..

Ahli Parlimen Bagan Datuk YAB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sentiasa memberi sokongan dan dorongan dalam apa juga bentuk program pembangunan Kerjaya dan peningkatan pendapatan.




0 comments:

Post a Comment

 
Top