Tangkapan terhadap dua lelaki warga Turki yang dipercayai terbabit aktiviti mengancam keselamatan negara dibuat selepas polis memintas komunikasi individu berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata susulan maklumat daripada Pusat Serantau Digital Memerangi Mesej Melalui Komunikasi (CMC) itu, pasukan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Bukit Aman melancarkan operasi bagi menahan kedua-dua suspek.
Beliau mengulas mengenai penahanan dua lelaki warga Turki yang pada mulanya didakwa oleh isteri mereka diculik, namun disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa mereka ditangkap kerana mengancam keselamatan negara.
Lelaki berkenaan, Turgay Karaman, 43 dan Ihsan Aslan, 37 kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 130 Kanun Keseksaan.
Berhubung dakwaan isteri suspek bahawa suami mereka tidak bersalah dan tangkapan dibuat hanya bersandarkan tuduhan atau andaian, Ahmad Zahid berkata :"Jika benar keprihatinan isteri kedua-dua individu itu bahawa (suami) mereka tidak terbabit, polis tidak akan berbuat zalim dan akan melepaskan mereka.
"Bagaimanapun, kita harus menghormati maklumat yang diperoleh pihak polis dan mereka sudah menjejaki beberapa komunikasi yang dilakukan," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penutup Seminar Antarabangsa Wasatiyyah 2017 - Fiqh Wala' dan Taat: Peranannya Dalam Mensejahterakan Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata Bahagian Antikeganasan Bukit Aman telah mengikuti pergerakan beberapa individu yang terbabit dalam menyebar, mempengaruhi serta memberikan dana kepada aktiviti berkaitan Daesh, dan dua warga Turki tersebut termasuk dalam senarai yang diperhatikan.
Beliau berkata kedua-dua lelaki itu akan dibawa kepada panel POCA (Akta Pencegahan Jenayah), POTA (Akta Pencegahan Keganasan) dan Sosma (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 untuk siasatan lanjut sebelum memutuskan sama ada akan di bawa ke mahkamah atau sebaliknya.
"Jangan khuatir, polis tidak menzalimi mana-mana pihak dan jika mereka benar-benar tidak terlibat atau tahap penglibatan adalah minima, kita memberikan jaminan kepada keluarga bahawa mereka akan dibebaskan, katanya.

0 comments:
Post a Comment