Menu
#



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sambutan ulang tahun UMNO ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini malam esok dapat menunjukkan perpaduan, memperlihatkan dokongan orang Melayu dan meneruskan kesinambungan serta perjuangan parti.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO menjalankan tugas Timbalan Presiden parti berkata, setiap anggota parti perlu menggarapkan rasa kebersamaan sempena ulang tahun kelahiran parti keramat itu.

"Tujuh dekad memperjuang bangsa. Garapkan perasaan kebersamaan dalam UMNO. ‪Selamat Menyambut Ulang Tahun #UMNO ke-71 #Negaraku," katanya dalam laman Facebook dan Twitter rasminya, hari ini.

UMNO yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 akan menyambut ulang tahun ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden UMNO dijangka menyampaikan amanat di hadapan lebih 120,000 hadirin meliputi pemimpin dan ahli parti serta orang ramai sempena sambutan berkenaan.






0 comments:

Post a Comment

 
Top