Menu
#



SHAH ALAM 19 Mei - Anggota polis atau mana-mana agensi dalam Kementerian Dalam Negeri yang terlibat dalam kegiatan rasuah akan diperangi habis-habisan bagi memastikan keyakinan rakyat tidak tercalar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada tempat untuk mereka yang rosak integritinya di Kementerian itu selagi beliau diberi amanah untuk mengetuai portfolio berkenaan.


“Ini masalah harapkan pegar, pegar makan padi, saya tidak berkompromi, tak mungkin selagi saya bergelar Menteri Dalam Negeri,” katanya ketika berucap pada majlis Universiti Bersama TPM Sehati Negaraku Malaysia di sini hari ini.





0 comments:

Post a Comment

 
Top