Menu
#



Kira-kira 300 masjid dalam Parlimen Beaufort hari ini menerima sumbangan peribadi daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai persediaan menyambut Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Sumbangan peribadi itu disampaikan sendiri oleh Ahmad Zahid kepada wakil setiap masjid dari tiga Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Beaufort iaitu Klias, Kuala Penyu dan Lumadan dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Kampung Bingkul, di sini.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan Ketua UMNO Bahagian Beaufort Datuk Isnin Aliasnih.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Kampung Bingkul, Alidad Fazal Elahi, ketika ditemui pemberita selepas majlis itu berkata, sumbangan tersebut amat bermakna bagi pihak masjid membuat persiapan menyambut Ramadan.

"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada timbalan perdana menteri atas sumbangan tersebut," katanya.

Pada majlis itu, seramai 120 pelajar Madrasah Darul Sohabah Maulana Idnizam Haji Jamal, Kampung Bingkul, turut menerima sumbangan peribadi daripada Ahmad Zahid.

Terdahulu, Ahmad Zahid turut menjadi imam memimpin solat Zohor di masjid tersebut.




0 comments:

Post a Comment

 
Top