Menu
#




Kuala Nerus – Kementerian Dalam Negeri kini mengetatkan kawalan keselamatan di semua pintu masuk sempadan daripada dicerobohi oleh pengganas beberapa negara jiran.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pergolakan yang berlaku terutamanya di Selatan Filipina ketika ini menyebabkan ada kemungkinan pengganas melarikan diri dan menjadikan negara ini sebagai sasaran.



‘Pihak KDN melalui PDRM memantau dengan lebih dekat jika ada kemungkinan mereka yang mahu melarikan diri dari Melawi Mindanau atau dari Indonesia atau Bangkok’.

‘Mereka yang jadi buruan pihak berkuasa di negara-negara berkenaan mungkin mhu melarikan ke Malaysia’.

‘Pasukan keselamatan ingin memastikan semua pintu msuk ke Malaysia berada dalam kesiapsiagaan yang tinggi’.

Di samping itu lorong-lorong tikus juga dipantau oleh agensi kawalan sempadan dan pantai dengan kerjasama polis marin dan TLDM di seluruh semenanjung bersama-sama APMM manakala di Pantai Timur Sabah kita menguatkan kedudukan ESCOM’ katanya.



Beliau berkata demikian ketika di Program Penerapan Nilai -Nilai Murni Di Bulan Ramadhan serta majlis berbuka puasa di Masjid Jamek, Tok Jembal petang tadi.

Hadir sama Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato Jailani Johari, EXCO-EXCO Kerajaan Negeri, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar,
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim, pegawai-pegawai kerajaan dan semua kumpulan masyarakat.

Menurutnya pihak polis sudah membuat beberapa tangkapan terhadap suspek yang disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan dan operasi memburu akan diteruskan.

‘Kita tak mahu negara kita menjadi ancaman dan polis telah membuat beberapa penahanan orang termasuk dalam senarai syak yang telah disahkan oleh Ketua Polis Negara’.

‘Kita tidak akan berhenti di situ dan akan meneruskan pemburuan ini sehingga semua senarai syak tidak terlepas daripada pemburuan yang dijalankan’, tambahnya lagi.



0 comments:

Post a Comment

 
Top