Timbalan Perdana Menteri tidak menolak kes kebocoran maklumat susulan penahanan 16 anggota termasuk pegawai kanan Bukit Aman turut berlaku di peringkat IPK dan IPD. "Siasatan di peringkat IPK, IPD, semua tahap," katanya pada sidang media selepas melancarkan majlis pecah tanah kemudahan awam Ibrahim International Business District (IIBD) di sini, hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, tindakan dilakukan terhadap anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) selepas pihaknya mendapat bukti. "Jangan marah pada saya, jangan marah Bukit Aman jika tindakan disiplin diambil.
Jangan pernah memohon maaf atas kesilapan mereka kerana kita sudah hidu sekian lama. "Bila bukti kukuh diperoleh, tindakan dijalankan. Kita tidak akan melindungi mereka dan kita akan bekerjasama dengan semua agensi termasuk SPRM (Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk menentukan tindakan perundangan terhadap mereka yang menjadi tali barut pengedaran dadah," katanya.
Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dilaporkan berkata polis tidak berkompromi dengan mana-mana pegawai kanan dan anggota jabatan itu yang melindungi atau bersekongkol dengan sindiket itu, termasuk menjalankan rombakan besar-besaran dalam jabatan berkenaan.
Polis dilaporkan turut melancarkan operasi mengesan pegawai dan anggota polis lain yang turut terbabit melindungi sindiket berkenaan. Semua 16 pegawai kanan dan anggota berkenaan ditahan mengikut SOSMA selama 28 hari kerana dipercayai bersekongkol dengan sindiket itu.
0 comments:
Post a Comment