SEMUA syarikat tempatan digalakkan menjalin lebih banyak usaha sama luar bagi menarik pelaburan asing demi mengukuhkan lagi ekonomi negara, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri berkata, keyakinan pelabur dalam dan luar negara kekal menjadi antara faktor penyumbang kepada pengukuhan asas ekonomi negara.
"Ekonomi negara kita pada asasnya adalah kukuh dan faktor yang menyumbang kepada pengukuhan ekonomi disebabkan kestabilan politik, begitu juga keyakinan pelabur bukan hanya dalam negara tetapi luar negara," katanya ketika majlis pelancaran lapan model motosikal baru Demak dan empat kenderaan serba guna di Banting, di sini, tadi.
Hadir sama Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Pengerusi DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd, Datuk Seri Feona Wan Junaidi.
Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara anak syarikat DNC Holdings, Demak Green-Tech Sdn Bhd dan syarikat pembuat peti sejuk China, Qingdao Aucma Import & Export Co Ltd.

0 comments:
Post a Comment