SEMASA era Pertubuhan Kebangsaan Bersatu Sabah (USNO) awal 60-an, pemimpinnya mengetuai parti yang memerintah Sabah selepas merdeka. Namun banyak masalah yang timbul oleh kerana mereka baru ‘bertatih’ menjadi pemimpin. Banyak kelemahan USNO diambil kesempatan oleh pihak pembangkang.
Antara 1963 hingga 1967, berlaku persaingan politik antara penduduk bumiputera Islam, USNO dengan golongan bumiputera bukan Islam, UNKO/UPKO. Pelantikan Datuk Donald Stephans dari UNKO sebagai Ketua Menteri mendapat tentangan dan kritikan dari pemimpin USNO, Tun Datu Mustapha Datu Harun. Kerajaan UNKO tidak dapat menjalankan pentadbiran dengan baik kerana tidak mendapat sokongan. Pakatan SCA dan USNO - UPKO yang membuka cawangan di kawasan SCA dan USNO telah menyemarakkan krisis Donald Stephans dengan orang Cina Sabah.
Perselisihan antara Donald Stephens dan Tun Mustapha telah membawa kepada campur tangan kerajaan Persekutuan. Krisis berakhir apabila Donald Stephens meletak jawatan dan diganti dengan Peter Lo dari SCA.
Selepas pilihan raya umum 1967, Tun Mustapha menjadi Ketua Menteri Sabah yang baharu. Kerajaan USNO-SCA di bawah pimpinan Tun Mustapha bagaimanapun telah mencetuskan hubungan tidak sihat dengan kerajaan Persekutuan.
Ketika itu Tun Mustapha Datu Harun dikatakan masih mengagung-agungkan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri. Apabila Tunku digantikan dengan Tun Abdul Razak Hussein, Datu Mustapha tidak puas hati. Datu Mustapha menjadi duri dalam daging sehingga sampai ke tahap pucuk pimpinan Perikatan di Sabah tiada pilihan melainkan menurunkan beliau.
Kerajaan Persekutuan kemudiannya memberi sokongan kepada parti Berjaya, sebuah parti berbilang kaum. Berjaya memenangi pilihan raya 1976 dan membentuk kerajaan. Kerajaan Berjaya mendapat sokongan padu daripada penduduk berbilang etnik. Pada Mac 1985, kepimpinan Berjaya di bawah Datuk Haris Salleh dicabar oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) kerana perbezaan pelaksanaan dasar. Gaya kepimpinan Haris keras, didakwa menyalahgunakan kuasa berserta isu pemansuhan taraf kedaerahan bagi Tambunan dan isu penyerahan Labuan kepada kerajaan Persekutuan.
Orang politik di Sabah kemudian berusaha melemahkan pentadbiran kerajaan Harris termasuklah ada kalangan pegawai kerajaan tidak mahu bekerjasama sehingga perbalahan berlaku dalam kerajaannya. Hal ini menggoncang populariti Berjaya sekali gus mewujudkan hubungan genting antara masyarakat Islam (USNO dan Berjaya) dan Kristian (PBS). Akhirnya PBS menang pilihan raya negeri 1985 .
USNO dan Berjaya kemudiannya mengadakan konspirasi untuk menyekat kemaraan Presiden PBS, Datuk Joseph Pairin Kitingan tetapi tidak berjaya. Walaupun PBS adalah parti multietnik tetapi kepimpinannya dimonopoli oleh bumiputera bukan Islam telah menimbulkan rasa tidak puas hati kumpulan etnik Bumiputera Islam.
Penyatuan pelbagai etnik mula kelihatan apabila kumpulan etnik bumiputera dan bukan bumiputera yang beragama Islam, Kristian dan lain-lain berjaya disatukan di bawah UMNO yang mula bertapak di Sabah pada awal tahun 1990-an. Ini diikuti kemasukan semula PBS dalam Barisan Nasional (BN) pada 2003. Walaupun parti-parti politik di Sabah membentuk kerajaan di bawah komponen BN namun mereka masih bersuara memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik masing-masing.
Justeru walaupun Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menggunakan taktik ‘Sabah for Sabahan’, kesanggupannya berbuat demikian bermakna Ahli Parlimen Semporna itu cuba mengitar semula benda lama. Yang memulakan istilah itu ialah Jefrey Kitingan tetapi malangnya kurang berkesan. Istilah Sabah untuk orang Sabah ini tidak diterima oleh rakyat Negeri Di Bawah Bayu memandangkan UMNO sendiri telah menunjukkan prestasi yang baik dalam pembangunan negeri. Malah kalau mahu diambil kira pengamatan yang biasa - lapangan terbang Kota Kinabalu lagi besar daripada di Kuching.
Lagipun, di Sabah walaupun UMNO bertapak, pemimpin dalam kerajaan negeri kesemuanya tetap anak tempatan Sabah. Bukan dari Semenanjung. Lihatlah mereka yang berjawatan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah, Kastam dan Imigresen negeri.
Pemimpin ‘lompat’ seperti Mohd. Shafie pasti menemukan jalan berliku. Apatah lagi jika gandingannya Datuk Seri Lajim Ukin yang lompat melompat parti bukan perkara asing buatnya. Dari era PBS menjadi kerajaan negeri, BN dan menyusup ke PKR, kerja Lajim hanya melompat dan tidak ketahuan tempat dia berpijak sekarang, kekal atau sebaliknya.
Dikatakan Mohd. Shafie dalam perancangan strategi berdepan BN, akan mengetuai kawasan pantai timur Sabah. Lajim pula di pantai barat manakala Jefrey bahagian pedalaman. Cuma masalah yang paling besar ialah masing-masing bercita-cita mahu menjadi ketua menteri.
Apapun, BN Sabah diketuai Datuk Seri Musa Aman jangan pandang remeh kekuatan pembangkang di Sabah. Tingkatkan kesiapsiagaan seperti mana diingatkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Semporna baru-baru ini. Suatu ketika, Parti Berjaya dan PBS ditubuhkan dalam dua atau tiga bulan sahaja pun sudah mampu membuat kejutan menumbangkan parti kerajaan negeri.

0 comments:
Post a Comment