Menu
#



Pemimpin korporat harus bersama dengan kerajaan untuk memberi keyakinan kepada rakyat dan pelabur bahawa negara ini mempunyai asas ekonomi kukuh, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ketika ini wujud sentimen negatif mempengaruhi rakyat kononnya Malaysia adalah sebuah negara yang gagal.

"Harus dilihat dalam suku pertama tahun ini negara mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 5.6 peratus berbanding 4.1 peratus pada suku sama tahun lepas.

"Ini jelas satu pencapaian lebih baik dan asas ekonomi negara adalah kukuh disebabkan kestabilan politik tetapi kenapa ada analisis yang sebut buruk, negatif? Biarpun asas kita kuat tetapi (timbul) sentimen (negatif) dimainkan oleh analisis-analisis ini disebabkan kebencian terlalu mendalam kepada kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran model terbaharu Motosikal Demak keluaran DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Pengerusi DNC Asiatic Holdings Datuk Seri Feona Sim.




0 comments:

Post a Comment

 
Top