PASIR PUTEH 13 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini bersama lebih 10,000 rakyat negeri ini memeriahkan program Ekspresi Negaraku di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Petai di sini.
Program tersebut dimulakan dengan Larian Bendera Negaraku yanh dilepaskan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed pada pukul 6 pagi.
Sementara itu, Ahmad Zahid ketika berucap merasmikan program tersebut berkata, Ekspresi Negaraku merupakan acara yang amat bermakna kerana rakyat Malaysia diajak meraikan semangat cintakan negara, mengukuhkan pertalian sesama sendiri serta dipenuhi nilai hormat menghormati.
“Dengan semangat Negaraku yang tersemat kukuh dalam jiwa kita semua, Malaysia sememangnya menjadi contoh kepada negara-negara lain dari segi perpaduan, kemajuan serta ikatan kukuh dalam kalangan masyarakat majmuk,” katanya.

0 comments:
Post a Comment