Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi percaya proses ‘pembersihan’ jabatan-jabatan yang dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) meskipun sukar tetapi tidak mustahil dilaksanakan dalam usaha mengembalikan imej positif agensi penguat kuasa itu di mata rakyat.
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau dan Kementerian Dalam Negeri komited mendengar suara masyarakat serta menterjemahkan harapan mereka, bukan hanya melibatkan PDRM tetapi juga agensi penguat kuasa di bawah kementerian lain.
“Nila-nila yang dua tiga titik ini harus dihapuskan. Jika sakit diabetes, lazimnya doktor akan potong bahagian yang mula terjejas, mungkin itu kaedah terbaik oleh Kementerian Dalam Negeri,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Hi-Tea Kembara Media Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak; Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad; Pengarang Kosmo!, Datuk Baharom Mahusin; Penolong Pengarang Utusan Malaysia, Rozaman Ismail dan pengamal media daripada beberapa agensi lain.
Mengulas dakwaan kononnya berlaku ‘buli’ oleh pegawai atasan PDRM sehingga menyebabkan anggota bawahan terpaksa mengambil rasuah, Ahmad Zahid mengarahkan satu siasatan dilakukan.
Menurut beliau, dakwaan itu menyatakan apabila pegawai atasan dari ibu pejabat turun ke kawasan, Ketua Polis Negeri akan mengarahkan Ketua Polis Daerah ‘meraikan’ mereka dengan mengharapkan perbelanjaan ditanggung sendiri.
Jelas beliau, disebabkan Ketua Polis Daerah tidak mempunyai sumber pendapatan lain, maka terpaksa menggunakan kaedah lain dengan mendapatkan wang di luar tugasannya.
“Ini merupakan satu alasan yang kurang cerdik sekiranya berlaku. Tetapi saya akan minta Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dengan kerjasama Cawangan Khas meneliti perkara ini serta mendapatkan fakta sebenar.
“Tetapi hakikatnya kalau benar pegawai atasan turun ke bawah, cukuplah buli pegawai bawah sehingga mereka terpaksa mengambil rasuah. Zaman itu sudah lama berlalu, zaman dapat rezeki tanpa modal telah berlalu, zaman cari rezeki tidak halal telah lama berlalu,” ujar beliau.

0 comments:
Post a Comment