“Saya ingin mengesahkan bahawa tidak ada sebarang peletakan jawatan oleh mana-mana menteri kanan. Saya tahu Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) merujuk status laman sosial beliau (kepada) Datuk Seri Anifah Aman (iaitu) Menteri Luar, telah meletak jawatan,” katanya.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata Anifah ada bersama beliau di sini malam tadi sebelum Menteri Luar itu berangkat ke Brussels, Belgium pada Sabtu atas kapasitinya selaku menteri.
“Ertinya Menteri Besar (Selangor) itu cuba bohongi rakyat terhadap (melalui) berita tidak benar,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari RELA ke-45 Peringkat Kebangsaan di Padang Merdeka, di sini hari ini.
Turut hadir ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, menteri-menteri persekutuan dan negeri serta Ketua Pengarah RELA, Zulkifli Abidin.
Menurut Ahmad Zahid, malam tadi beliau dan Anifah bersama-sama menghadiri program UMNO Sabah dan gambar beliau bersama Anifah kemudian ditularkan oleh Musa menerusi laman sosial Twitter.
Menteri Dalam Negeri itu juga menjangkakan lebih banyak lagi berita pembohongan akan dibuat seperti yang berlaku pada dua pilihan raya umum lalu.
Semalam, Mohamed Azmin memuat naik status berbentuk pertanyaan menerusi akaun Twitternya mengenai seorang menteri kanan telah meletak jawatan.
Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan Menteri Besar Selangor tersebut selain meminta Mohamed Azmin mengemukakan nama menteri yang dimaksudkan.
0 comments:
Post a Comment