Rata-rata ramai sudah mengetahui akan adanya pesisiran pantai yang seakan-akan ‘bercahaya’ pada waktu malam, dan ianya sememangnya memberikan satu fenomena baharu bagi penggemar aktiviti pantai pada waktu malam. Antara pantai yang bercahaya’ dikenali dunia adalah seperti di Pulau Vaadhoo, Maldives yang sememangnya akan hanya tinggal impian sahaja, ini adalah kerana jaraknya yang jauh dan memerlukan perbelanjaan yang banyak.
Antara pantai-pantai lain di dunia yang turut mempunyai keindahan samaiaitu mempunyai pantai yang bercahaya di waktu malam adalah di Teluk Toyama, Jepun; Teluk Mission, Amerika Syarikat, Puerto Mosquito, Puerto Rico dan Marlin Marina, Australia.
Walaubagaimanapun, baru-baru ini telah viral di laman-laman sosial mengenai persisir sebuah pantai yang bercahaya berwarna biru berkelipan, untuk pengetahuan anda rupa-rupanya pantai yang bercahaya itu ada di Malaysia dan ianya terletak di utara Semenanjung Malaysia, iaitu Taman Negeri Pulau Sembilan, Bagan Datuk Perak.
Ternyata fenomena pantai ‘bercahaya’ kebiruan berkelipan seperti ribuan bintang di langit ini, adalah sememangnya bukan daripada kesan daripada efek pencahayaan atau hasil edit, tetapi ianya adalah daripada organisma laut yang terlalu banyak berada di pesisiran pantai. Organisma yang bercahaya ini kebiruan ini , dikenali sebagai Ostracod Crustaceans,atau phytoplankton, atau ianya turut dipanggil ‘Blue Tear’ juga ‘Blue Sand’.
Pulau Sembilan di Negeri Perak ini berkedudukan 15 – 20 kilometer daripada pesisiran selatan negeri Perak, dan ianya dipanggil Pulau Sembilan kerana ianya mempunyai 9 buah pulau yang unik, dan pulau utama bagi keseluruhan pulau tersebut adalah Pulau Lalang yang berdekatan dengan Pasir Penambang dan Manjung.
Untuk pengetahuan anda, pulau Sembilan ini tidak mempunyai habitat, namun ia dibuka untuk perkhemahan pada hujung minggu, serta jikalau anda ingin pergi ke Taman Negeri Pulau Sembilan anda juga memerlukan permit yang telah disahkan oleh Pejabat Kementerian Pelancongan Bagan Datuk dan Pejabat lain di Marina bay di Lumut .
Home
»
»Unlabelled
» Kerlipan Biru Bercahaya Di Pantai Pulau Sembilan Bagan Datuk Perak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment