Menu
#




Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berada di KOTA KINABALU, Sabah semalam bagi melancarkan ‘Borneo Solidarity Ride 2017’.

Pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri turut menunggang motor berkuasa bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Sebelum itu, Ahmad Zahid menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 12,000 umat Islam di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Likas, di sini.



Ahmad Zahid turut diiringi Ketua Menteri Sabah dan beberapa anggota Kabinet negeri.

Beliau tiba di sini malam tadi sempena lawatan tiga hari ke Sabah hingga esok.

Beliau turut dijadualkan menghadiri ceramah perdana sempena sambutan Hari Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) oleh Ustaz Datuk Kazim Elias di Masjid Negeri Sabah, Sembulan, selepas solat Isyak, malam ini.




0 comments:

Post a Comment

 
Top